Objektif NADI
1) Menjalankan aktiviti dan program yang dapat menyumbang ke arah pembangunan sahsiah diri dan peningkatan pengetahuan yang melibatkan penyertaan orangramai, khasnya di kalangan belia dan remaja; dan

2) Menjalankan aktiviti dan program yang dapat menjana pendapatan bagi membantu golongan sasar seperti anak yatim, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal

Fokus Program NADI
1) Belia
2) Remaja

Teras Program NADI

1) Program Keusahawanan
• CARE (Coaching towards Achieving Real Experience)
• Kerjasama strategik dengan Jabatan dan Agensi Kerajaan; Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC); dan Institusi Kewangan bagi menawarkan pakej-pakej latihan asas dan pembangunan serta pengwujudan usahawan di kalangan belia dan remaja

2) Program Kebolehpasaran
• MIND (Matching Industry Needs and Demands)
• Kerjasama strategik dengan pihak industri dan IPTA/S bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan

3) Program Khidmat Sosial (CSR)
• Aktiviti Mengemas, Membaiki, Membina dan Menceriakan Suasana di Rumah Anak Yatim; Rumah Warga Emas; atau Rumah Orang Kurang Upaya
• Aktiviti yang memberi impak kepada komuniti setempat

4) Program Pembangunan dan Pengukuhan Sahsiah dan Jati Diri
• Siri Ceramah
• Ekpedisi Jelajah Negara

5) Program Menjana Pendapatan
• Majlis Makan Malam Amal
• Aktiviti-aktiviti penjanaan pendapatan lain bagi menampung kos perlaksanaan program

*(Lain-lain aktiviti mengikut kluster akan di tambah dari masa ke semasa).