Kalendar NADI 2013/14


Mac 2013
THE TRUE LOVE
• Program "The True Love" - Ceramah Motivasi & Kerohanian yang disampaikan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah
• Program tanggal 2 Mac, 2013 ini telah dilaksanakan di German Malaysian Institute, Bandar Baru Bangi
• Jumlah peserta adalah seramai 200 orang
( Poster Program True Love )

April 2013
LEADERSHIP WORKSHOP
• Kursus Kepimpinan bagi pelajar terpilih dari German Malaysian Institute
• Program tanggal 26 - 28 April, 2013 ini telah dilaksanakan di Kem Harap Redha Pangsun, Ulu Langat
• Jumlah peserta adalah seramai 40 orang
( Poster Program Leadership Workshop )
( Video Program Leadership Workshop )

Jun 2013
SMART YOUTH CAMP
• Ceramah dan Bengkel bagi mencapai kecemerlangan didalam pembelajaran yang diberikan kepada anak-anak
penduduk di PPR Taman Mulia secara percuma
• Program tanggal 1 Jun, 2013 ini telah dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak
• Jumlah peserta adalah seramai 40 orang
( Poster Program Smart Youth Camp )

PERTANDINGAN QASIDAH 2013
• Pertandingan Akhir Qasidah 2013 Terbuka Bawah 21 Tahun akan diadakan pada 29 Jun, 2013
• Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
( Mukasurat Qasidah 2013 )

Julai 2013
PENERBITAN TELEFILEM KOMSAS
• Transformasi 6 teks Drama dari subjek KOMSAS Tingkatan 4 & 5 kepada telefilem bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan
didalam subjek tersebut. Telefilem akan diedarkan ke semua sekolah-sekolah menengah seluruh negara
• Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia
• Status Program : Dalam Proses Pencarian Penaja

Julai/September 2013
NADI INTERSHIP COACHING ENTREPRENEURSHIP (NiCE)
• Program keusahawanan yang dirangka khas bagi sektor perkhidmatan dan hospitaliti
• Lokasi : Kesemua kampus Universiti Kuala Lumpur seluruh negara (UniKL)
• Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keusahawanan UniKL
• Status Program : Sedang Menunggu Pengesahan Tarikh Pelaksanaan

Disember 2013
PERTANDINGAN MONODRAMA TERBUKA KEBANGSAAN 2013
• Monodrama adalah lakonan oleh seorang individu yang memaparkan pelbagai watak. Penganjuran pertandingan ini adalah bagi
memartabatkan seni lakonan negara disamping meletakkan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya seni. Sasaran peserta adalah
daripada kalangan pelajar IPTA/S.
• Lokasi : Putrajaya

Januari 2014
PENERBITAN DRAMA DOKUMENTARI LONDON DAWN RAID
• Penerbitan drama dokumentari peristiwa bersejarah dimana Perbadanan Nasional Berhad (PNB) berjaya mengambilalih Guthrie
Corporation di Bursa Saham London pada 8hb September 1981. Peristiwa ini dibuat didalam bentuk Drama Dokumentari bagi
memberi peluang kepada belia-belia mengetahui bagaimana kebijaksanaan rakyat Malaysia merancang pengambilalihan syarikat
konglomerat milik Britain dengan mengikut peraturan yang mereka sendiri tetapkan. Dokumentari ini akan diedarkan kepada
Kem PLKN dan IPTA seluruh negara untuk ditayangkan kepada peserta PLKN dan pelajar baru IPTA semasa Minggu Suaikenal bagi
meningkatkan Jati serta Keyakinan Diri.
• Status : Dalam proses Pengumpulan Bahan dan Pencarian Penaja

Januari - April 2014
STOP! IN THE NAME OF LOVE
• Stop! In the Name of Love adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan The Supremes pada tahun 1965. Tajuk lagu ini
diambil sebagai tajuk program bagi menunjukkan kelainan dari segi pendekatan yang hendak dilakukan kepada golongan sasar.
Objektif utama program adalah bagi menyampaikan mesej bahawa pergaduhan, perpecahan dan apa jua elemen-elemen negatif
hendaklah dihentikan diatas nama CINTA samada cinta itu adalah cinta kepada pencipta; cinta kepada ilmu; cinta kepada
negara dan sebagainya.

April - Julai 2014
THE FINAL COUNTDOWN
• The Final Countdown adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan dari Sweden iaitu Europe pada tahun 1986. Tajuk lagu
ini diambil sebagai tajuk program bagi menunjukkan kelainan dari segi pendekatan yang hendak dilakukan kepada golongan sasar.
Objektif utama program adalah bagi menyampaikan mesej mengenai apakah persediaan kita sekiranya sudah tiba masa untuk sesuatu
perkara seperti peperiksaan, temuduga, perkahwinan, ketibaan anak, memulakan perniagaan, kematian dan sebagainya.